Just another photography blog.

Latest

setahun di rumah pakcik tom



setahun di rumah pakcik tom, originally uploaded by ahmad alias.

teringat zaman second year..bes rumah ni dapat byk makan sayur free:)

wish me luck!

final year

Sudah tiga hari semester satu tahun akhir bermula. Da agak lama aku tak update blog disebabkan kesibukan hujung2 musim panas. Dua minggu yang penuh dengan kerunsingan memilih universiti. Dengan petunjuk Ilahi, aku masih lagi di Christchurch. Mungkin bukan rezeki aku untuk bersama rakan2 lain di Wellington. Jika tiada aral melintang, aku akan buat projek di bawah HOD maths n stats department (Jennifer Brown). Berdasarkan pengalaman, dia seorang yang ramah dan tak kedekut ilmu. Harap-harapnyer projek aku ni menjadi. InsyaAllah…

graduation 09
(gambar ‘favourite’ semasa sesi ‘photoshoot’ graduation’2009)

Baru minggu lepas aku berpindah ke rumah baru. Bangunan berdekatan universiti. 5 minit jalan. Bilik yang ‘sempoi’ sebab ada bilik air sekali dalam bilik. sewa yang lebih murah dari ‘uni accomodation’. kepada kawan-kawan yang rasa nak guna bilik air untuk ‘disable’, jemputlah datang bilik. ;p

Sejak 2-3 hari ni, aku asyik fikir tentang anak saudara aku yang sorang ni. Rindu nak main dengan dia lagi. tak puas sepanjang dua minggu dia ada kat sini. Semoga membesar dengan sihat.

murni

(murni-musim panas, Christchurch Botanical Garden)

summer madness

Sudah beberapa bulan aku bertahan cuba untuk menulis dalam ayat-ayat yang formal, akhirnya aku tumpas. Penat kerana setiap kali nak tulis, mesti kena susun ayat dulu. Sebagai azam baru untuk tahun 2010, walaupun da nak habis bulan satu, aku akan menjadikan blog ini lebih ‘relax’. Blog ini masih dalam mood photo blog tapi akan ditambah dengan catatan kehidupan. 🙂

Pada hari khamis yang lepas, aku telah diterima untuk bekerja di kilang coklat Richfield. Untuk tempoh tiga minggu, aku akan menghasilkan coklat easter. Easter adalah sambutan menyambut kelahiran jesus bagi mereka yang beragama kristian. Biasanya, budak-budak suka easter break sebab diorang akan dapat coklat. Macam-macam bentuk ada antaranya arnab dan telur. Kitorang mula kerja jam 7 pagi dan habis pukul 330 petang. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi. Dapat juga kerja untuk musim panas yang masih berbaki 3 minggu lagi.

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku membuat keputusan sama ada mahu berhijrah ke Wellington ataupun tidak. Banyak juga pendapat orang sudah aku tanya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Bak kata peribahasa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kalau di tempat baru, pandai-pandaila menyesuaikan diri. Pening kepala bila difikir-fikirkan. Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambamu ini.

Minggu ini adalah minggu ‘international busker festival’. Acara tahunan bagi bandar Christchurch. Cuma kali ini lebih meriah kalau dibandingkan dengan tahun lepas. Banyak pertunjukan yang telah disusun setiap hari.Gambar-gambar sepanjang festival ini akan di’upload’  pada entry akan datang. Sebelum itu, layan dulu gambar-gambar sambungan ‘photoshoot’ pengantin lama iwan dan ayu. Lagi satu, sebelum aku lupa,

Tahniah dekat acap n dila yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir walimatul urus. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin….

iwan
ayu

bridge

house

Them

Memang niat di hati untuk mengambil gambar pasangan pengantin baru ini. Tidak mampu untuk membeli hadiah yang mahal-mahal. Hanya khidmat mengambil gambar yang dapat diberikan. Maaf jika gambar yang diambil tidak setanding jurugambar handalan. Minggu yang lepas, dengan bantuan rakan-rakan, Haizum (tukang solek terkenal seantero Christchurch) dan Faisal (jurugaya handalan),  sesi ‘photoshoot’ mereka dapat dijalankan.

jauh

Sekitar jam tiga, bertempat di rumah kak Mas, Haizum memulakan sesi solek bersama Irwan. Setengah jam berlalu, dan sesi bersama Ayu pula bermula.

the making

Pertama kali merasai pengalaman menunggu jurusolek menyolek. Aduhai, penatnya. 🙂 Jam menunjukkan hampir pukul lima. Kami pun beredar dari rumah kak Mas ke Mona Vale Garden.

cermin 2

Sesi ini berakhir sekitar jam tujuh petang. Di bawah adalah gambar ‘favourite’ penulis! Terima kasih kepada Faisal (jurugaya handalan) kerana tampil bersama idea yang bernas. Gambar-gambar lain bakal menyusul. 🙂

them

SKY Tower

SKY Tower

Raspberries Custard Puff

raspberries custard puff

new year – christchurch nz

new year - christchurch nz

happy new year

Selamat tahun baru 2010. Semoga tahun yang baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Sekali lagi blog ini terabai dek kesibukan yang melanda. Penulis bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kegembiraan selama dua minggu secara berterusan. Kehadiran famili ke sini membawa seribu erti. Sudah seminggu mereka pulang ke tanah air. Pejam celik, pejam celik, kini sudah tiga tahun berlalu. Alhamdulillah penulis kini adalah seorang graduan. Walaupun begitu, penulis kini sedar bahawa ilmu Allah itu tidak terhingga banyaknya. Banyak yang masih boleh diterokai. Jika diberi kesempatan, penulis akan menyambung setahun lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin….

Semalam genap dua tahun Nadine Umayrah. Cucu pertama dan juga anak saudara pertama dalam keluarga kecil kami. Selamat hari lahir! Jangan nakal-nakal. Semoga menjadi anak yang solehah.

Nadine Umayrah turns 2 01-01-10

auckland trip

selepas keputusan peperiksaan keluar, penulis membuat keputusan untuk merehatkan minda di kepulauan atas new zealand. ketika ini penulis masih berada di hamilton. bergembira di villa makcik chany. hampir seminggu ahmadalias’s blog ditinggalkan. sawang-sawang akan dibersihkan sepenuhnya setelah penulis pulang dari auckland.

auckland harbour