summer madness
Sudah beberapa bulan aku bertahan cuba untuk menulis dalam ayat-ayat yang formal, akhirnya aku tumpas. Penat kerana setiap kali nak tulis, mesti kena susun ayat dulu. Sebagai azam baru untuk tahun 2010, walaupun da nak habis bulan satu, aku akan menjadikan blog ini lebih ‘relax’. Blog ini masih dalam mood photo blog tapi akan ditambah dengan catatan kehidupan.
Pada hari khamis yang lepas, aku telah diterima untuk bekerja di kilang coklat Richfield. Untuk tempoh tiga minggu, aku akan menghasilkan coklat easter. Easter adalah sambutan menyambut kelahiran jesus bagi mereka yang beragama kristian. Biasanya, budak-budak suka easter break sebab diorang akan dapat coklat. Macam-macam bentuk ada antaranya arnab dan telur. Kitorang mula kerja jam 7 pagi dan habis pukul 330 petang. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi. Dapat juga kerja untuk musim panas yang masih berbaki 3 minggu lagi.
Tinggal beberapa hari lagi untuk aku membuat keputusan sama ada mahu berhijrah ke Wellington ataupun tidak. Banyak juga pendapat orang sudah aku tanya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Bak kata peribahasa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kalau di tempat baru, pandai-pandaila menyesuaikan diri. Pening kepala bila difikir-fikirkan. Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambamu ini.
Minggu ini adalah minggu ‘international busker festival’. Acara tahunan bagi bandar Christchurch. Cuma kali ini lebih meriah kalau dibandingkan dengan tahun lepas. Banyak pertunjukan yang telah disusun setiap hari.Gambar-gambar sepanjang festival ini akan di’upload’ pada entry akan datang. Sebelum itu, layan dulu gambar-gambar sambungan ‘photoshoot’ pengantin lama iwan dan ayu. Lagi satu, sebelum aku lupa,
Tahniah dekat acap n dila yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir walimatul urus. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin….



