Them
Memang niat di hati untuk mengambil gambar pasangan pengantin baru ini. Tidak mampu untuk membeli hadiah yang mahal-mahal. Hanya khidmat mengambil gambar yang dapat diberikan. Maaf jika gambar yang diambil tidak setanding jurugambar handalan. Minggu yang lepas, dengan bantuan rakan-rakan, Haizum (tukang solek terkenal seantero Christchurch) dan Faisal (jurugaya handalan), sesi ‘photoshoot’ mereka dapat dijalankan.
Sekitar jam tiga, bertempat di rumah kak Mas, Haizum memulakan sesi solek bersama Irwan. Setengah jam berlalu, dan sesi bersama Ayu pula bermula.
Pertama kali merasai pengalaman menunggu jurusolek menyolek. Aduhai, penatnya.
Jam menunjukkan hampir pukul lima. Kami pun beredar dari rumah kak Mas ke Mona Vale Garden.
Sesi ini berakhir sekitar jam tujuh petang. Di bawah adalah gambar ‘favourite’ penulis! Terima kasih kepada Faisal (jurugaya handalan) kerana tampil bersama idea yang bernas. Gambar-gambar lain bakal menyusul.




bang, nk wt 1 lgi photoshoot,leh? ari tu hadiah utk ayu.. nti hadiah utk aku lak.. leh ek abg yg bek hati..nway,nice photos…
January 11, 2010 at 9:11 am
haha…gambar photoshoot aritu pon x abes post-process lagi…;p
January 11, 2010 at 11:13 am
boss,kita kawen nnt jd photographer ok?
hahaha.ntah bila nak kawen ni.
January 11, 2010 at 10:17 am
haha…kalo xde aral melintang…boleh jer….;p
January 11, 2010 at 11:13 am
saya pun suka gamba yang last encik fazril! good job!
January 27, 2010 at 11:47 am