Ahmadalias's Blog

Just another photography blog.

auckland trip

Posted by ahmadalias on December 8, 2009

selepas keputusan peperiksaan keluar, penulis membuat keputusan untuk merehatkan minda di kepulauan atas new zealand. ketika ini penulis masih berada di hamilton. bergembira di villa makcik chany. hampir seminggu ahmadalias’s blog ditinggalkan. sawang-sawang akan dibersihkan sepenuhnya setelah penulis pulang dari auckland.

auckland harbour

Posted in auckland trip, scenery | 3 Comments »

summer break – the journey continues

Posted by ahmadalias on November 30, 2009

setelah puas berguling-guling di ladang berbunga kuning, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu rumah sewa firdaus hassan yang terletak di timaru. perjalanan mengambil masa 15 minit.

road trip continues

rumah sewa ini mempunyai tiga bilik dan mempunyai kebun sayur dan tanaman bunga ros merah di halaman belakang. sewa rumah ini agak murah kalau dibandingkan dengan sewa rumah di christchurch. walaupun ia nampak buruk di luar tetapi lawa di dalam. :)

rumah

selesai solat jama’ zuhur dan asar, kami bergegas ke caroline bay. perjalanan mengambil masa sebanyak 5 minit.

caroline bay

tidak kelihatan manusia berenang di pantai ini ketika kami datang. mungkin kerana angin yang agak kuat sehinggakan kami sendiri tidak mahu berada lama di situ.

kaki

wind surfing

Posted in road trip, scenery | Leave a Comment »

summer break – road trip part one

Posted by ahmadalias on November 28, 2009

perjalanan menghantar saudara firdaus hassan ke tempat praktikal di glandboye. destinasi pertama adalah kilang fonterra yang berada di tengah-tengah kawasan ladang yang dikelilingi lembu-lembu dan kambing-kambing. berpandukan petunjuk yang diberi oleh aplikasi “google map”, kami menemui jalan mati. sesungguhnya mereka (pekerja google) tidak memperbaharui aplikasi ini.

road trip

dengan berbekalkan buku peta dan siaran radio yang memainkan lagu instrument, kami berjaya juga menemui kilang tersebut. kilang dimana susu-susu lembu diproses dan dieksport ke serata dunia. fonterra adalah syarikat pengeluar susu terbesar di new zealand.

fonterra

setelah melawati kilang, kami meneruskan perjalanan ke timaru (tempat penginapan firdaus hassan). dalam perjalanan, kami menemui ladang pokok bunga yang berwarna kuning keemasan. besar dan luas ladangnya. hal ini membuatkan kami seakan-akan berada di dalam tayangan filem hindustan di mana hero dan heroinnya akan berguling-guling di sebalik bunga. silap kami tidak mempunyai camcorder. kalau tidak, sudah tentu adegan-adegan itu dapat kami rakamkan. :)

lompat

gold

Posted in nature, road trip, scenery | 6 Comments »

summer break – ilam garden…again

Posted by ahmadalias on November 25, 2009

banyak lebah berkeliaran di ilam garden. mencari madu untuk dibawa kepada permaisuri. sehingga kini, penulis masih mencari kerja untuk mengisi waktu lapang cuti musim panas. semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

bee

green
hujan

Posted in nature, scenery | Leave a Comment »

summer break – novemberians

Posted by ahmadalias on November 23, 2009

selamat hari lahir kepada semua yang lahir pada bulan november.

ayah – ayie doakan ayah sihat dan selamat sampai ke christchurch bulan disember nanti. x sabar nk jumpa…;p
syefah, pong, yat, azura dan hafiz – semoga kalian lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tempoh hari…;p
22/11 – u know who u are, semoga tabah mengharungi praktikal. grik jer pon…x jauh…;p

birthday

Posted in birthday, foods | 5 Comments »

summer break – get ready to work

Posted by ahmadalias on November 20, 2009

get ready to work

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

summer break – one way to kill loneliness

Posted by ahmadalias on November 19, 2009

nokia express music


eternity - calvin klein

Posted in gifts, perfume | 5 Comments »

time to say goodbye

Posted by ahmadalias on November 17, 2009

flat dinner

rakan serumah di ilam village atau dengan nama barunya ilam apartments. kiri sekali adalah tiffany dari amerika. manis orangnya. tidak pernah menonton sitkom “friends” sebelum sampai ke new zealand. mempelajari antropologi. mempunyai kekasih berasal dari jerman. mempunyai kenangan manis bersama angah apabila ter’peleot’ memakai kasut tumit tinggi ketika menuju ke pintu keluar. jessica templeton berasal dari bumi kiwi. juga sudah mempunyai kekasih yang berasal dari new zealand juga. ramah orangnya. suka mendengar kisah dongeng hantu malaysia dan menonton cerita hantu. mempelajari pengurusan kejuruteraan.mark owen berasal dari sarawak. pelajar tahun pertama kejuruteraan. seorang yang pemalu tetapi mesra bila kena pada tempatnya. masih solo. bakal meneruskan perjuangan kelab malaysia pada tahun depan. satu malaysia! mereka semua sudah tiada lagi di christchurch. pulang ke halaman rumah masing-masing. kenangan manis selama setahun tidak akan dilupakan.

to mark, jess and tiffany,
if some other time, you guys have stumble into this blog, i just want to say, thank you so much for being a wonderful flatmates. i will miss you guys so much. BEST flatmates ever. ;p

iwan ayu

sudah masanya irwan dan ayu meninggalkan zaman bujang mereka. 15 november tarikh keramat mereka. selamat pengantin baru. semoga hubungan yang terjalin akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

chocolate lounge

sehari sebelum tiffany pulang ke amerika, kami menghabiskan bibit-bibit terakhir di butik coklat theoberoma.

Posted in foods, friends, ilam apartments, walimatul urus | Leave a Comment »

christchurch city – coffee and donuts

Posted by ahmadalias on November 5, 2009

Posted in christchurch city, night | 4 Comments »

christchurch city – the bog and rugby 2011

Posted by ahmadalias on November 3, 2009

Posted in christchurch city, events | Leave a Comment »